Ahad, 10 April 2011

MAKLUMAN TERKINI PENGISIAN LINUS PADA PORTAL NKRA KPM

* Sila rujuk Manual Pengisian LINUS dalam Portal NKRA : http://moe.gov.my/nkra


PENGISIAN LINUS (MENGIKUT NAMA MURID)  

1. Setelah berjaya login, berikut ialah menu LINUS yang baru. Klik LINUS dan submenu Pengisian  LINUS  akan dipaparkan. Klik Pengisian LINUS Atau Klik pada Pengisian LINUS di blok tengah skrin. 

2. RINGKASAN PENGISIAN LINUS 

Untuk membuat pengisian, sila buat pilihan mengikut arahan yang berwarna merah. Contohnya: 
Kohort: 2 (2011), Tahun  Kutipan: 2011 dan Saringan: 1. 

Pensil pada rajah di atas adalah untuk pengisian LINUS. Lihat 5. 
Printer berfungsi untuk mencetak ringkasan maklumat kelas yang dipaparkan. 
Tong adalah untuk menghapuskan kelas dan murid yang berada didalamnya. 
 Tambah Kelas untuk menambah nama kelas yang baru. 

3. TAMBAH KELAS : PENTING: SILA DAFTAR KELAS TERLEBIH DAHULU. 

Ada dua (2) cara untuk mendaftar kelas: 
i. Klik Tambah Kelas 
ii. Klik Import Data Sistem Maklumat Murid (SMM) – lihat 4 

• Nama Guru Kelas. Pilih Guru Kelas dari senarai guru yang ada. Senarai guru ini diambil secara ONLINE dari EMISOnline. Sekiranya, nama guru tiada dalam senarai tersebut, sila kemaskini maklumat guru tersebut di dalam EMSIOnline (sila minta bantuan dengan Guru Data) 
• Tahun. Pilih D1 untuk Tahap1 Tahun1 dan D2 untuk Tahap1 Tahun2 
• Nama Kelas. Taip nama kelas yang berkenaan. Contoh: 1MUTIARA, 2BELIAN 
• BILANGAN MURID MENGIKUT BANGSA DAN JANTINA. Masukkan jumlah murid 
yang berkenaan mengikut bangsa dan jantina. 

4. IMPORT DATA SISTEM MAKLUMAT MURID (SMM) 
Utiliti ini digunakan untuk mengimport data murid dari SMM.  Berikut ialah langkah-langkahnya: 
i. Buka SMM (versi 2010). 
ii. Export data murid mengikut Tahap (TAHAP 1 TAHUN 1 dan TAHAP1 TAHUN 2). Jadi ada 
dua (2) zip file yang akan diimport kedalam modul LINUS. Contoh: DATAHEM_D1 dan DATAHEM_D2.zip. 
iii. SEBAIKNYA JANGAN EXPORT DATA SELURUH MURID (D1-D6) kerana size file zip akan 
menjadi agak besar dan proses upload file ke server akan menjadi perlahan. Sila pastikan size file tidak melebihi 2Mb. 
iv. Klik link   dan skrin seperti dibawah akan dipaparkan: 
v. Sila baca dahulu ARAHAN/CARA TERKINI untuk mengimport data dari SMM. 
vi. Klik Browse dan pilih file yang berkenaan satu-persatu. 
vii. Kila Mula untuk memulakan proses import data. 4 
viii. Hanya murid di tahap D1 dan D2 sahaja yang akan diimport. 
ix. Sekiranya maklumat murid tersebut telah ada didalam database, maklumat murid tersebut TIDAK akan di insert kedalam database. Sila pastikan yang nokp murid adalah unik. 
x. PERINGATAN: Sekiranya utiliti ini gagal mengimport data murid, kemungkinan besar file SMM tersebut berbeza versi. Sila gunakan SMM versi 2010. 

5. TAMBAH MURID 
Setelah Nama Kelas didaftarkan, sila daftarkan pula murid-murid yang berada didalam kelas tersebut. Berikut ialah skrin pengisian LINUS mengikut murid: 
Tambah Murid adalah untuk menambah murid dan keputusan LINUS. 
Butang Cetak adalah untuk mencetak senarai murid dan pengesahan. 
Pensil pula berfungsi untuk mengemaskini maklumat murid dan keputusannya. 
Tong adalah menghapus data murid. 5 
Klik Tambah Murid untuk mendaftarkan murid dan keputusannya yang baru atau ikon pensil untuk mengemaskini keputusan sediada. 
• No MyKid/S. Beranak. Nombor MyKid murid ataupun pendaftaran surat beranak murid.
• Nama. Nama Murid
• Jantina. Lelaki atau Perempuan
• Bangsa. Sila pilih dari senarai bangsa sediada.
• Tidak Hadir. Tik kotak ini sekiranya murid ini tidak menghadiri peperiksaan
• Murid Berkeperluan Khas. Tik kotak ini sekiranya murid ini Murid OKU
• LITERASI. Tik kotak berkenaan mengikut keputusan murid. Keputusan akan dikira oleh sistem secara automatik berdasarkan contoh matrik dijadual 1.
• NUMERASI. Tik kotak berkenaan mengikut keputusan murid. Keputusan akan dikira oleh sistem secara automatik berdasarkan contoh matrik dijadual 2.
  
6. PENGESAHAN 
Sila cetak keputusan murid mengikut kelas dan buat pengesahan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan