Khamis, 3 Januari 2013

INSTRUMEN UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 1 LITERASI & NUMERASI (PROGRAM TRANSISI)




Guru Besar,
SK/SJKC,
Daerah Sandakan                                                                                    

Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan instrumen Ujian Diagnostik Tahun 1 akan diperbanyakkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan. Instrumen ini boleh diambil oleh pihak sekolah pada 10 JANUARI 2013 mengikut bilangan murid Tahun 1.  Ujian diagnostik ini akan dilaksanakan pada minggu ketiga Program Transisi.

Pihak sekolah juga diminta menghebahkan Program LINUS kepada ibu bapa pada minggu pertama (Minggu Orientasi), semasa perjumpaan dengan ibu bapa.. Ini perlu dijadikan salah satu aktiviti dalam Pelan Tindakan LINUS Sekolah  2013, Fokus Ibu bapa. Objektif taklimat ini supaya ibu bapa celik LINUS.

Segala maklumat yang perlu dilengkapkan oleh pihak sekolah seperti mana dalam surat bertajuk Persediaan Awal Program Transisi Murid  Tahun 1, 2013 perlu dihantar ke Pejabat Pelajaran Sandakan pada 28 JANUARI 2013. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En. Chan Shen Siang di talian 089-668666/0128171801.
   
Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan